mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 : MOHD FAIZAL BIN ADNAN

 

KISAH KEJAYAAN: MOHD FAIZAL BIN ADNAN

UMUR: 33 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Mohd Faizal Bin adnan merupakan seorang pengusaha kambing yang menetap di Felda Lui Selatan. Beliau mula menternak kambing sejak 6 tahun lepas dengan modal diperolehi daripada pendapatan sendiri. Hasil penternakan kambing beliau mencecah 40 ekor dan sedang dalam proses pemasaran dan prose pembiak bakaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Ilmu pengurusan dan perternakan kambing hanyalah diperolehi daripada pengalaman rakan-rakan penternak kambing yang lain. Kekurangan pengetahuan dalam pengurusan, perancangan dan pemasaran  secara menyeluruh mengenai ternakan kambing.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

– Mempelajari Microsoft Word untuk membuat kerta kerja pertenakan kambing.

– Mempelajari memggunakan internet secara insentif untuk menambah baik kaedah dalam menguruskan dan mengembangkan ternakan kambing beliau.

– Beliau berjaya menyiapkan beberapa kertas kerja bagi permohonan modal penternakan kambing untuk diserah kepada agensi-agensi berkaitan.