TEMPAT: SK LUI SELATAN (F)
TARIKH: 10HB OKTOBER 2015
Hari Sukan Negara 2015 telah diadakan serentak di seluruh negara pada 10hb Oktober 2015. SK Lui Selatan (F) turut tidak ketinggalan menyertai acara ini yang julung kalinya diadakan. Aktiviti telah bermula seawal pagi di mana murid-murid dan guru-guru berpakaian sukan bagi menyertai pelbagai acara yang telah diatur oleh pihak sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemanasan badan, aktiviti sukan rakyat, senamrobik dan sebagainya. Semua murid yang menyertai aktiviti ini begitu bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik dalam semua aktiviti yang dianjurkan.
Penganjuran Hari Sukan Negara ini diharap terus menjadi tradisi untuk tahun akan datang dengan pelbagai aktiviti menarik. Hal ini kerana ia memupuk sikap individu untuk menjaga kesihatan dengan beriadah, bersukan dan melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Antara murid yang telah menjayakan program Hari Sukan Negara 2015 bertempat di SK Lui Selatan (F)
Para pelajar menyertai aktiviti senamrobik dengan bimbingan guru-guru