Ita’s Kitchen ialah perniagaan kecil-kecilan yang menawarkan dan mengedar pelbagai jenis kek, biskut, pastri dan roti. Perniagaan ini telah berjalan hampir 6 bulan secara serius menerusi kaedah promosi melalui media sosial (Facebook dan Instagram), pengaruh lingkaran dan flyers. Ketika ini premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan perumahan iaitu di Felda Lui Selatan 2, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Ita’s Kitchen kini mempunyai pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak melalui pengedaran produk yang tahan lama yang diedarkan melalui PosLaju, self pick up dan cash on delivery di sesetengah kawasan yang tertentu. Selain itu “Online Baking Class” baru sahaja dilancarkan selama 2 bulan dan bilangan pelajar melebihi 10 orang dari dalam dan luar negara.
Sebelum menjalankan perniagaan ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek, biskut, pastri serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban dan Kuantan. Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, pemilik telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 2 buah oven, sebuah semi-heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan.
Ini adalah sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri pemilik untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berkaliber. Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada pemilik untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum bukan bumiputera. Seterusnya, pemilik juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain terutama Warga Felda.
Nama Pemilik: Norzita Binti Jaafar
No. K/P: 820609-05-5444
Alamat Asal: B-137, Felda Lui Muda,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email Address: itaskitchen@yahoo.com atau norzitajaafar@yahoo.com
Facebook: Norzita Jaafar
Instagram: itaskitchen
Antara produk popular keluaran Ita’s Kitchen – cream puff gebu dan tat keju.