
Latar belakang
Sejak di bangku sekolah, Muhammad Aliff Izzudin Bin Mohd Jamal dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program-program anjuran NADI x E-Sukan. Melalui pelbagai program seperti Program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kemuncak pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Lui Selatan ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends, satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.