
Latar belakang
Nurul Farhana binti Othman merupakan seorang wanita muda yang menetap di Felda Lui Selatan. Beliau meminati bidang masakan sejak dari sekolah menengah, khususnya dalam pembuatan kuih-muih tradisional dan moden. Walaupun hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah, beliau sentiasa bersemangat untuk menambah ilmu dan mencari peluang untuk menambah pendapatan
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum terlibat dengan program NADI, Nurul Farhana hanya menjual kuih kepada jiran dan kenalan terdekat. Promosi dibuat secara manual – melalui pesanan mulut ke mulut atau WhatsApp peribadi. Peluang untuk berkembang agak terhad kerana beliau tidak tahu cara menggunakan media sosial secara efektif, dan tidak biasa dengan platform digital yang boleh membantu memasarkan produk. Beliau mengambil keputusan untuk menyertai program NADI x Mahir Masak bersama rakan-rakan dan menimba ilmu baru dalam dunia masakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai program NADI x Mahir Masak, Nurul Farhana mula mengubah cara perniagaannya. Beliau telah belajar beberapa resipi baharu seperti pembuatan cookies, masakan nyonya dan juga masakan barat. Beliau memperoleh pendedahan untuk mengira kos jualan dan cara pembungkusan makanan secara menarik untuk menarik minat pelanggan. Pada musim perayaan baru-baru ini, beliau berjaya menerima tempahan kuih raya dari luar kawasan Felda Lui Selatan termasuk tart nenas, tart blueberry dan tart Cadbury. Jumlah jualannya meningkat dengan ketara dan beliau kini merancang untuk meneruskan jualan secara bulanan.